
Oleh : Subkhi Sudarji
JARINGAN penyamaan Casagrande menyelamatkan rekod tanpa kalah Penang FC dilaman sendiri selepas terikat 1-1 menentang Sabah FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, sebentar tadi.
Harimau Kumbang yang mengutip 14 mata sebelum sepak mula seharusnya berada dibelakang JDT seandainya mampu mengutip tiga mata namun hanya satu mata saja yang terhasil untuk berada dikedudukan keempat liga dengan 15 mata.
Pada aksi sebentar tadi, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dengan saling mencipta gerakan memburu gol.
Pelawat terlebih dahulu menemui gol hasil rembatan menarik dari luar kotak penalti melalui pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani pada minit 52.
Casagrande membuktikan reputasinya selaku pemain import dan penyerang berbisa apabila menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan pada minit ke 86 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.





Add Comment