Antarabangsa Bola Sepak

Inter Milan hampiri gelaran Serie A

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Darmian pastikan Inter kutip tiga mata di San Siro, sebentar tadi.

JARINGAN Matteo Darmian membawa Inter Milan mengalahkan Cagliari 1-0 dalam saingan Serie A sebentar tadi.  Keputusan ini meletakkan I Nerazzurri  kukuh di puncak menjauhkan diri dari dikejar AC Milan.

Tuan rumah menggempur pelawat melepas 15 tembakan dengan tujuh on target. Sementara itu, Cagliari hanya melepaskan satu tembakan ke arah gawang dari tujuh percubaan.

Inter kelihatan berdepan kesukaran menghasilkan gol apabila penjaga gawang Cagliari, Guglielmo Vicario  tangkas menyelamatkan keadaan.

Gol tunggal kemenangan Inter akhirnya muncul di minit ke-77 melalui Matteo Darmian. Kemenangan ini membuatkan Inter semakin kukuh di puncak liga dengan 74 mata.

Mereka juga meninggalkan AC Milan di posisi kedua dengan kelebihan 11 mata.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: