
HIVE yang merupakan aplikasi ekosistem kereta pertama di Malaysia, menandatangani Memorandum (MoU) bersama Majlis Paralimpik Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.
Pelbagai insentif ditawarkan oleh HIVE dan pengenalan aplikasi ini mampu memanfaatkan 5.8 juta kenderaan penumpang yang aktif di dalam Malaysia.
Pengasas Syarikat Hive, Amirol Isa berkata, beliau sangat menghargai sumbangan atlet paralimpik untuk negara dan ingin memberi sokongan agar atlet dapat meningkatkan lagi tahap kecerdasan seiiring pencapaian pingat untuk Sukan Paralimpik Tokyo yang bakal berlangsung Ogos depan.

“Kami akan menanggung seumur hidup basuhan kenderaan percuma buat para atlet paralimpik yang membawa pulang pingat.
“Meskipun sumbangan Hive bukan dalam bentuk wang tunai tetapi pihak kami yakin ianya akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan atlet,” kata beliau ketika majlis pelancaran aplikasi mereka.
Turut hadir ke majlis pelancaran, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan Setiausaha Agung MPM, Datuk Laksamana Pertama (B), R Subramaniam.
Add Comment