Bola Sepak Semasa Terkini

Zainal kembali ceria, Reduan perlukan masa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain MUFC meraikan kejayaan menewaskan Uitm FC, 3-0 malam tadi.

Oleh : Subkhi Sudarji

MASALAH penyudahan sempurna yang dialami Melaka United FC sebelum ini boleh dianggap selesai selepas tiga gol yang dihasilkan pada aksi menentang Uitm FC malam tadi.

Pengendali MUFC, Zainal Abidin Hassan menyifatkan tiga mata diraih malam ini hasil membuktikan pemain telah mula memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam beberapa perlawanan yang dilalui.

“Bezanya kami dengan Uitm FC adalah pemain memanfaatkan peluang terhidang dengan jaringan gol, itu yang nyata. Ini juga adalah peningkatan dipamerkan pemain.

“Sebelum ini kami mencipta ruang dan peluang tapi tidak menyudahkannya dengan jaringan gol, tetapi malam ini sebaliknya, mereka mengetahui pesanan yang perlu dilaksanakan,” tegasnya yang mengakui lebih banyak kerja keras perlu dilakukan barisan pemainnya.

Sementara itu, kemunculan Reduan Abdullah selaku pengendali Uitm FC bukan kali pertama nyata memberikan perjalanan yang berbeza.

“Kami gagal mengekalkan rentak permainan, hanya mampu bertahan dalam tempoh 30 minit sebelum lawan menjaringkan selepas itu.

“Saya lihat kita hilang tumpuan, hanya mampu bergerak dibahagian tengah, tapi semua ini akan kita atasi menjelang aksi menentang Sabah FC nanti.

“Keserasian yang kita ada dalam pasukan masih belum ketara,” tegasnya.

Pada aksi di Stadium Uitm FC malam tadi, pelawat memperolehi gol pertama hasil jaringan lencong Sony Norde pada minit ke-36 sebelum dua gol pantas dalam tempoh lima minit menerusi tandukan Stefan Nikolic (m60 ) dan S Kumaahran lima minit berselang memastikan tiga mata mutlak buat MUFC.

Tiga mata diraih MUFC memastikan mereka mengutip tujuh mata hasil dua kemenangan, empat seri dan dua kekalahan untuk berada ditangga kesembilan manakala Uitm FC terus terperosok dikedudukan terbawah liga dengan hanya meraih satu seri dan tujuh kekalahan.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: