Pelbagai Terkini Uncategorized

‘Peminat pun boleh bagi pendapat’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

PEMINAT Malaysia tanpa mengira latar belakang budaya, geografi dan ekonomi kini boleh memberikan pendapat mereka untuk 10 tahun ini, melalui beberapa sesi libat urus secara bersemuka dan maya, perbincangan kumpulan fokus menerusi laman web kanvas Sukan Negara (VSN) 2030.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya ingin mendengar apa yang rakyat mahu sama ada pingat emas Olimpik, skuad Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia, atau atlet Malaysia mendominasi carta dan ranking antarabangsa.

“Semua persoalan, harapan dan aspirasi seperti rakyat mahu infrastruktur sukan berkualiti baik di bandar mahupun desa, proses pencarian bakat yang adil tanpa meninggalkan sesiapa, kemudahan sukan untuk warga kurang upaya serta industri sukan sebagai sumber kekayaan baru akan menjadi citra utama kepada VSN 2030,” katanya baru-baru ini.

VSN2030 merupakan inisiatif baharu KBS dalam mendapatkan aspirasi, idea, maklum balas dan harapan rakyat Malaysia berkenaan sukan keseluruhannya di Malaysia.

Selain untuk mendapatkan maklumat, segala pandangan, kritikan dan harapan mengenai VSN 2030, boleh dilontarkan menerusi laman sesawang http://www.vsn2030.my.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: