TAN Sri Mohamad Norza Zakaria kekal sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk tempoh 2021-2025.
Norza yang memegang jawatan itu sejak 2017 dipilih sebulat suara oleh 15 ahli gabungan negeri pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
“Saya masih ada misi yang belum selesai termasuk Projek 2024, Piala Thomas serta Kejohanan Dunia. Kami juga mahu pastikan akademi ini menjadi yang terbaik di dunia,” katanya meluahkan rasa gembira selepas terus diberi mandat oleh ahli gabungan untuk memimpin BAM bagi tempoh empat tahun lagi.
Pada AGM itu, Datuk V Subramaniam dan Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dipilih sebagai Timbalan Presiden menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Husain dan Datuk Lim Teong Kiat yang bersara.
Dalam pada itu, Datuk Kenny Goh turut mengekalkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung BAM, manakala Datuk Michael Tang diberi tanggungjawab selaku Bendahari.
KEPIMPINAN BAM (2021-2025)
Presiden :
YBhg. Tan Sri Norza Zakaria (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden :
1. YBhg. Datuk V Subramaniam (Presiden BA Selangor)
2. YH Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos (Presiden KLBA)
Setiausaha Agung :
YH Datuk Kenny Goh
Bendahari
YBhg. Datuk Michael Tang
Add Comment