Bola Sepak Semasa Terkini

JDT lebarkan penguasaan liga, Ifedayo lakar hatrik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bergson meledak dua gol membantu kemenangan pasukan mengatasi PJFC, 3-0.

 

Oleh : Subkhi Sudarji / Hidayah Ab Ghani

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan kelebihan penguasaan ditakhta liga apabila mudah membenam saingan Petaling Jaya City FC (PJFC), 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahin, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Tiga mata yang diraih Harimau Selatan pada malam ini meletakkan mereka selesa memimpin Liga Super dengan kelebihan empat mata berbanding Kedah Darul Aman FC ditangga kedua dengan 16 mata selepas mereka tewas 1-2 kepada Terengganu FC, malam semalam.

Penyerang import tuan rumah, Bregson Da Silva terus menjadi tumpuan apabila meledak dua gol pada minit ke 20 dan 30 selepas Gonzalo Cabrera meledak gol seawal minit pertama permainan.

Ifedayo diraikan rakan sepasukan selepas meledak hatrik menewaskan Perak FC, 3-1.

Sementara itu pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor FC kembali menemui rentak kemenangan dengan menewaskan Perak FC, 3-1.

Ledakan hatrik Ifedayo pada minit ke 7,31 dan 71 sudah cukup memberikan kemenangan ketiga selepas lapan perlawanan untuk mengumpul 11 mata manakala gol tunggal pelawat dijaringkan Farid Khazali dipenghujung babak kedua.

Sony Norde meledak gol awal membantu kemenangan MUFC mengatasi Uitm FC, 3-0.

Pengambilalihan Melaka United FC oleh Ken Team Sdn Bhd nyata menyuntik semangat anak didik Zainal Abidin Hassan yang melakar kemenangan bergaya menewaskan Uitm FC, 3-0 pada aksi di Stadium Uitm Shah Alam.

Gol-gol pelawat dijaringkan Sony Norde minit 36, Stefan Nikolic (m60) sebelum lima minit kemudian S Kumaahran menjaringkan gol ketiga buat pasukan.

Di Stadium KLFA, Cheras pula kebangkitan dilewat perlawanan yang dijelmakan anak didik Dollah Salleh masih belum mencukupi apabila mereka tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur United FC.

Tuan rumah terlebih dahulu didepan hasil jaringan Paulo Josue minit ke 18 sebelum Daniel Ting menggandakan kelebihan minit ke 70.

Pelawat yang mempamerkan kebangkitan memperolehi gol pada masa tambahan namun ia masih belum mencukupi untuk menghalang KLUFC meraih tiga mata penuh.

Bagi Sri Pahang FC pula kekalahan ini yang kelima selepas lapan perlawanan  yang kini berada dikelompok dua terbawah liga bersama Uitm FC yang menduduki tangga ke 12 liga.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: