Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor FC kembali ceria

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nor Hakim Hassan (kanan) muncul watak penting untuk bantu kemenangan Selangor FC

DIHIMPIT kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada awal musim lalu seakan tidak memberikan kesan besar buat Nor Hakim Hassan untuk kembali bangkit capai prestasi terbaik bersama Selangor FC musim ini.

Buktinya, pemain itu muncul watak utama ketika ketika mencipta dua ‘assist’ untuk membantu kemenangan 2-0 Red Giants ke atas UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.

Keputusan Karsten Neitzel menyenaraikan Nor Hakim dalam kesebelasan pantas dibalas ketika gerakan yang dilakukan pemain itu membuka peluang buat Oliver Buff meledak gol pertama, seawal minit ke-13.

Ifedayo Olusegun (kiri) ledak gol kedua Selangor FC

Ketika UiTM FC leka memburu gol penyamaan, Nor Hakim sekali lagi pamer magis dan kali ini menjadi pencetus kepada gol kedua Selangor FC yang dihasilkan Ifedayo Olusegun pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, pelawat sepatutnya memperoleh tambahan jaringan namun beberapa peluang dicipta gagal disudahkan dengan baik sekali gus sekadar berpuas hati dengan dua gol.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: