Bola Sepak Semasa Terkini

KLUFC, Sabah FC kongsi mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua pasukan KLUFC, Indra Putra Mahyuddin (kiri) cuba memberi tekanan kepada pemain lawan.

Oleh : Subkhi Sudarji / Mohd Izari Rosli (Foto)

KUALA Lumpur United FC terus mempamerkan aksi kurang menyakinkan apabila hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Sabah FC, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium KLFA, Cheras yang terpaksa bermula lewat 30 minit ekoran masalah lampu limpah yang tidak berfungsi anak didik Bojan Hodak dilihat lebih banyak bertahan.

Beraksi dengan kehadiran penonton mengikut SOP yang dibenarkan, corak permainan menarik dipamerkan kedua pasukan sebaik wisel permulaan ditiup pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab.

Pelawat terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah melalui Maxsius Musa pada minit ke dua namun rembatan pemain tengah itu sedikit tersasar.

Corak permainan bertahan dan lebih banyak berlegar dikawasan tengah padang selepas itu menyaksikan perlawanan sedikit hambar.

Memasuki minit ke 37, pertahanan import tuan rumah, Giancarlo Gallifuoco hampir mengembirakan penyokong namun tandukannya sedikit tersasar.

Babak kedua pula menunjukkan corak permainan agresif tuan rumah memburu gol melalui Hadin Azman pada minit ke 52 namun gagal mengegarkan jaring gol pelawat.

Selang lima minit kemudian, sepakan dari luar kotak penalti melalui pemain gantian, Paulo Josue pula sekadar mengegarkan tiang ketika penjaga gol Sabah FC, Kevin Hansen sudah pun tertewas.

Pelawat yang tidak berputus asa terus menggempur benteng tuan rumah dan mereka hampir berjaya hasil sepakan Taesu Park namun palang pula menjadi penghalang.

Percubaan bertali arus kedua pasukan memburu selepas itu bagaimana pun gagal dan keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: