Antarabangsa Permotoran

Rossi balas kecaman Marco Lucchinelli



VALENTINO Rossi dikecam hebat Marco Lucchinelli berikutan prestasi buruknya di MotoGP. The Doctor membalas kecaman tersebut dan menyebut Lucchinelli sebagai penjilat.

Rossi mendapat komen pedas daripada Lucchinelli selepas perlumbaan  MotoGP Qatar 2021 akhir minggu lalu. Penunggang pasukan Petronas Yamaha itu mengakhiri di kedudukan ke-12, meskipun dirinya memulakan saingan dari posisi keempat.

Lucchinelli tanpa ragu-ragu menyebut Rossi sudah tidak bertaring lagi di litar dan memintanya untuk bersara. Bekas juara dunia MotoGP 1981 500cc itu mendesak Rossi memberikan peluang kepada para pelumba muda.

“Dulu di Kejuaraan Dunia, dia adalah pelumba genius dengan cara perlumbaan yang berbeza selayaknya makhluk asing dari planet Marikh.

“Namun sekarang dia sudah kembali ke tanah dan tak perlu banyak alasan lagi.

“Dia harus memberikan tempat kepada anak muda. Kepada juara dunia sembilan kali, sudahlah, tinggalkan saja litar dan serahkan motornya kepada penunggang muda,” kata Marco Lucchinelli kepada Lapresse.

Kenyataan Lucchinelli tersebut terus dibalas oleh Valentino Rossi. Dia mengakui hairan dengan kecaman Lucchinelli, lelaki yang selama ini dia anggap baik dan dekat dengan ayahnya, Graziano Rossi.

“Saya menyesal Marco Lucchinelli mengatakan itu, kerana dia adalah teman baik Graziano. Kami sangat dekat dan setiap kali saya melihatnya, dia amat baik kepada saya,” ujar Rossi, dilapor dari La Gazzetta dello Sport.

Bagaimanapun, kata Rossi, dirinya sudah beberapa kali mengatakannya kepada Alberto Tebaldi dan Uccio Salucci bahawa dia tidak akan menjadi seperti orang-orang itu ketika usia tua kelak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading