Bola Sepak Semasa Terkini

Insa didenda RM10,000 dan digantung dua perlawanan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baljit (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM Kali Kedua Bagi Penggal 2021-2025.
TINDAKAN pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Naxto Insa yang menolak pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika aksi Liga Super 2021, Perak FC menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac 2021 lalu mengundang padah apabila dikenakan penggantungan dua perlawanan dan denda RM10,000.00.
Keputusan ini dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM Kali Kedua Bagi Penggal 2021-2025 yang berlangsung di Wisma FAM, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Natxo Insa didapati melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan.
“Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin apabila menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan menentang Perak FC itu.
“Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod ini di mana pemain ini dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dahulu dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” ujarnya.
Insta tidak akan beraksi menentang MUFC ekoran penggantungan perlawanan.
Dalam perkembangan sama, Baljit memaklumkan , merujuk kepada Artikel 40 Kod ini, penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur.
“Pemain ini digantung untuk aksi Liga Super, JDT menentang Melaka United FC pada Jumaat, 2 April 2021 dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini.
“Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.
“Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,” tegasnya yang turut memaklumkan hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: