Basikal Semasa Terkini

FAM, Maxim Events dan Boost Juice Bars jalin kerjasama lancar Liga Suparimau

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal (tengah,belakang) bersama Hamidin (belakang,dua kanan) pada majlis perasmian Suparimau di Wisma FAM, hari ini.

 

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Maxim Events dan Boost Juice Malaysia menjalinkan usahasama bagi melancarkan edisi
pertama Liga SupaRimau FAM.

Penganjuran kejohanan berlandaskan pembangunan bola sepak dan akar umbi itu bakal menyaksikan lebih kurang 300 pasukan yang diwakili oleh akademi bola sepak yang sudah memiliki Piagam SupaRimau.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin serta Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ Sivasundaram Sithamparan Pillai bersama barisan Ahli Jawantankuasa Eksekutif FAM.

Program Piagam SupaRimau FAM telah dilancarkan pada 4 Mei 2019 dan sejak itu, FAM telah merekodkan 265 akademi bola sepak seluruh negara telah berdaftar dibawah program berkenaan.

Reezal berkata, menerusi pelaksanaan Liga SupaRimau ini dia berharap lebih banyak bakat akar umbi dapat dicungkil yang merupakan sebahagian daripada pendemokrasian sukan yang digagaskan oleh KBS.

“Kita mahu bakat-bakat akar umbi ini dicerap potensi mereka melalui platform dan gerak kerja yang lebih sistematik dan adil kepada semua. Saya juga menghargai penglibatan badan swasta dan korporat dalam usaha ini yang membolehkan inisiatif pengenalpastian bakat sukan bola sepak yang lebih menyeluruh dapat kita laksanakan” tambah beliau lagi.

 

Dato’ Sivasundaram Sithamparam

 

Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, Dato’ Sivasundaram Sithamparam Pillai berkata, Liga SupaRimau ini telah dilancarkan bagi mempromosikan sukan bola sepak selain sejajar dengan objektif unit akar umbi FAM untuk mencipta peluang bermain di dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.

“Sejak dilancarkan pada 2019, 2 akademi bola sepak telah memiliki keahlian emas, 19 akademi telah memiliki keahlian perak dan 90 akademi telah memiliki keahlian gangsa.

“Menerusi piagam akar umbi yang sejajar dengan Peta Hala Tuju F:2019-2030 ini, akademiakademi bola sepak seluruh negara akan berada di landasan yang tepat terutama sekali di peringkat bola sepak akar umbi,” kata Dato’ Sivasundaram.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxim Events, William Kucia, Liga Suparimau FAM yang akan disertai oleh kanak-kanak dan remaja lelaki dan wanita berusia antara 6 hingga 16 tahun itu akan memulakan kempen pada 12 dan 13 Jun ini.

“Dengan wujudnya Liga SupaRimau FAM ini, ia dapat mencipta kesamarataan dalam peluang untuk beraksi di antara lelaki dan wanita sekaligus membenarkan talent to be developed.

“Pertandingan ini juga akan menjadi asas kepada piramid bola sepak di Malaysia dan secara tidak langsung, memberi pendedahan awal dan peluang untuk memupuk kepada generasi muda tentang sukan bola sepak.

Dr Soraya Ismail

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Boost Juice Bars, Dr Soraya Ismail turut meluahkan rasa bangga dengan jalinan kerjasama bersama badan induk bola sepak negara itu.

“Pembangunan bola sepak dianggap sebagai satu elemen penting di Boost Juice yang jelas memainkan peranan penting terhadap eko-sistem bola sepak negara di mana ia dapat meluaskan lagi kolam pemain Malaysia.

“Saya berharap menerusi kerjasama ini, ia dapat memberi motivasi kepada pemain-pemain muda ini untuk memberikan terbaik pada Liga SupaRimau FAM Jun nanti dan besar harapan kami (Boost Juice) agar kerjasama yang terjalin pada hari ini berterusan demi masa depan bola sepak negara,”ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: