
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
PEMAIN Harimau Malaya, Syahmi Safari mahu melihat sesuatu yang positif dalam perebutan posisi bek kanan bersama Matt Davies dan Rizal Ghazali.
Walaupun kedudukan itu mungkin sedikit tercabar, tonggak Selangor FC itu merasakan kehadiran Davies dan Rizal akan menambah pilihan buat pengendali negara, Tan Cheng Hoe.
Bagaimanapun, jika mengambil kira kemampuannya beraksi di beberapa posisi lain, Syahmi mungkin berpeluang cerah untuk berada dalam pasukan.
“Kalau ikutkan persaingan, ia sesuatu yang sihat. Pasukan pastinya akan bertambah baik jika pemain berikan sehabis baik.
“Kalau dilihat, saya ada juga bermain di sebelah kiri tetapi saya tidak kisah untuk bermain di posisi mana sekali pun dan sedia ikut perancangan jurulatih.

“Paling utama dan penting adalah semua pemain perlu berikan komitmen sepenuhnya dalam setiap latihan,” katanya.
Untuk rekod, Syahmi juga pernah diturunkan sebagai pemain sayap dan kelibatnya mampu cetus impak positif buat pasukan.





Add Comment