Bola Sepak Semasa Terkini

Dua pemain digantung

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (kanan) digantung dua perlawanan

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

TINDAKAN pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri digantung dua perlawanan ekoran tindakannya melakukan simulasi hingga mempengaruhi keputusan pengadil pada aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium MBPJ, 10 Mac lalu.

Hukuman itu akan membabitkan aksi PJ City FC menentang Terengganu FC (TFC), 2 April ini dan Kuala Lumpur City FC, 7 April ini.

“Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super 2021, PJ City FC lwn Melaka United FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 10 Mac 2021.

“Digantung dua perlawanan iaitu PJ City FC bertemu Terengganu FC (2 April 2021) dan Kuala Lumpur City FC (7 April 2021) akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila terjatuh di dalam kotak penalti dan memegang kaki seolah-olah  telah dikasari oleh pemain lawan walaupun tiada pemain pihak lawan yang menyentuhnya dan ini telah mewujudkan situasi ”simulation”.

Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri

“Pemain turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FA, Datuk Baljit Singh Sidhu dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, pemain Selangor FC II, Hein Htet Aung digantung satu perlawanan, berkuatkuasa pada aksi menentang Perak FC II, 2 April ini dan hukuman itu juga tidak boleh dirayu.

“Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier 2021, PDRM FC lwn Selangor FC 2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 6 Mac 2021.

“Digantung satu perlawanan iaitu Perak FC II melawan Selangor FC 2  (2 April 2021) akibat daripada tindakannya yang didapati berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila mempamerkan simbol yang berbaur politik semasa perlawanan menentang PDRM FC itu,” katanya.

Sementara itu, pemain import Kelantan FC, Jack Hindle dan tonggak Melaka United FC, Alex Dos Santos Goncalves hanya dibei amaran keras dan hukuman berat menanti mereka jika mengulangi kesalahan sama.

Kedua-duanya melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: