Lain-Lain Semasa Terkini

Hamidin akan bantu MSBF dan MFF


Hamidin bersama Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin,

BANTUAN akan diberikan kepada Persekutuan Snuker & Billiard Malaysia (MSBF) dan Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) mencari venue latihan bagi kedua-dua pasukan itu menjalani persiapan menjelang Sukan SEA nanti.

Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan SEA 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sedar kedua-dua sukan berkenaan tidak berada dalam program pembangunan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Oleh kerana kedua-dua sukan, Snuker & Billiard dan Lawan Pedang, tidak berada di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negara, kami akan membantu MSBF dan MFF untuk mandapatkan pusat latihan dan jurulatih dalam persiapan akhir mereka menjelang Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-31” katanya semalam.

Hamidin juga mengharapkan bantuan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam usaha membantu Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) menyelesaikan isu berbangkit dengan Asian Boules Sports Confederation (ABSC) dan Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP).

Dalam masa sama, Hamidin juga bertegas karate dan silat akan diberi keutamaan memandangkan kedua-dua sukan itu sentiasa jadi lubuk emas kepada kontinjen negara.

“Berdasarkan rekod yang lepas, karate dan silat tidak pernah gagal untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Asia Tenggara.

“Maka persiapan pasukan karate dan silat mesti diberi keutamaan yang tinggi,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: