Bola Sepak Semasa Terkini

Kerja keras bermula sekarang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tan Cheng Hoe (tengah) mengendalikan latihan Harimau Malaya

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

TIADA lagi istilah rehat buat pemain Harimau Malaya dan baki latihan hingga Selasa ini akan digunakan untuk membiasakan diri dengan latihan berintensiti tinggi.

Walaupun tidak ada sebarang aksi persahabatan antarabangsa dirancangkan namun pengendali negara, Tan Cheng Hoe merasakan latihan pada tempo tinggi diperlukan selepas setahun tidak bersama.

“Memang kita nampak daripada segi keseimbangan di segenap sudut nampak makin meningkat. Saya perlukan momentum terbaik sebelum game sebenar nanti.

Tan Cheng Hoe

“Daripda segi latihan sebelum ini ia hanya babitkan intensiti perlahan dan kali ini kita akan tingkatkannya lagi. Kita mahu pemain tahu apabila tiba perlawanan sebenar nanti, intensiti dan tempo permainan akan tinggi.

“Bagaimanapun, kita tetap perlu berjaga-jaga kerana tidak mahu pemain mengalami kecederaan,” katanya.

Dalam masa sama, Cheng Hoe tidak mahu terlalu menumpukan kepada persiapan atau perkembangan semasa pasukan lawan.

“Kita memang ada mengambil tahu serba sedikit info yang mungkin boleh beri sedikit sebanyak gambaran sebenar. Tetapi fokus utama adalah kepada pasukan sendiri,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: