Antarabangsa Bola Sepak

Hatrik Burak Yilmaz julang Turki

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Turki memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 penuh bergaya.

TURKI berjaya menewaskan Belanda dengan keputusan 4-2 pada aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah di Stadium Olimpik Ataturk, sebentar tadi.

Burak Yilmaz meledak dua gol pada babak pertama sebelum Hakan Calhanoglu menambah jaringan di awal babak kedua.

Belanda cuba bangkit dengan mencetak dua gol dalam masa dua minit melalui aksi Davy Klaassen dan Luuk De Jong.

Tetapi Yilmaz menutup perlawanan dengan hatrik dan malang untuk Oranje apabila Memphis Depay gagal menyudahkan sepakan penalti di penghujung permainan.

Turki kini berada di puncak Kumpulan G untuk sementara waktu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: