Bola Sepak Semasa Terkini

FAM ambil tindakan ke atas pengadil, pemain

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FAM menilai mutu pengadilan aksi antara Perak FC dan JDT memuaskan.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan tindakan berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil dan pemain yang berlaku pada perlawanan Liga Super 2021 baru-baru ini.

Perlawanan tersebut melibatkan Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh dan Sabah FC melawan Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Dato’ S. Sivasundaram berkata, secara keseluruhan prestasi pengadil adalah memuaskan sepanjang perlawanan tersebut berlandaskan laporan Penilai Pengadil yang bertugas pada perlawanan tersebut.

“Walaupun memuaskan, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat dan pengadil tersebut akan dirujuk kepada kepada Pengurus Pembangunan Pengadil FAM.

“Pemain JDT, Natxo Insa akan dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video dan laporan pengadil ekoran tindakannya yang menyerbu dan menyentuh pengadil selepas tamat perlawanan.

“Manakala pengadil di Likas didapati menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan sepanjang perlawanan berlandaskan laporan Penilai Pengadil yang bertugas pada perlawanan tersebut,” katanya menerusi laman rasmi FAM.

Justeru, pengadil terbabit telah dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan selama dua minggu secara serta-merta dan akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil FAM.

“Mereka akan mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum kembali bertugas bermula dari liga divisyen bawah dan hanya akan dilantik semula sebagai pengadil perlawanan Liga Super selepas prestasinya dinilai berada pada tahap yang memuaskan,” kata kenyataan itu lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: