Antarabangsa Bola Sepak

Leicester singkir Man United untuk ke separuh akhir Piala FA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 Iheanacho meraikan gol bagi bantu Leicester mara ke separuh akhir Piala FA.

MANCHESTER United kembali gagal meraih piala domestik di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer musim ini, apabila kalah 3-1 kepada Leicester City di Stadium King Power, awal pagi tadi.

Kelechi Iheanacho muncul wira pada perlawanan ini dengan sumbangan dua golnya dan satu lagi dari Youri Tielemans.

Manakala, The Red Devils hanya mampu mencetak satu jaringan daripada Mason Greenwood pada penghujung babak pertama.

Dan buat pertama kalinya buat Leicester dalam 39 tahun terakhir mara ke separuh akhir Piala FA.

Skuad pimpinan Brendan Rodgers ini akan bertemu dengan Southampton.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: