Lain-Lain Semasa Terkini

Hamidin diperkenalkan secara rasmi


Hamidin berucap pada Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-196 di ibu pejabatnya.

 

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, secara rasmi diperkenalkan sebagai Chef de Mission ke Sukan SEA Vietnam 2021 oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Hamidin diperkenalkan secara rasmi pada Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-196 di ibu pejabatnya.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan dihadiri ahli lembaga MOM serta wakil daripada Persatuan Sukan Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Atlet.

“Terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia terutama Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang memberi kepercayaan buat saya dan industri bola sepak umumnya untuk memikul tanggungjawab ini.

“Diakui Chef de Mission perlu menjadi perantara di antara MOM dan persatuan-persatuan sukan.

“Maka penting bagi saya mengenal pasti keperluan atlet ini dipenuhi dan setakat dua hari saya menyertai mesyuarat jawatankuasa pemihan (18 dan 19 Mac) kami mendengar dan mengambil kira isu dibangkitkan persatuan-persatuan menjelang temasya itu pada 21 November – 2 Disember depan,” kata Datuk Haji Hamidin.

Hamidin mencipta sejarah sebagai Presiden FAM pertama yang dipilih sebagai CDM sejak penyertaan Malaysia sebagai Persekutuan Tanah Melayu di Sukan SEAP bermula 1959 di Bangkok.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: