Bola Sepak Semasa Terkini

Nilai dulu sebelum beli: Tunku Ismail

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tunku Ismail bercita-cita miliki saham kelab Eropah

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan yang minatnya terhadap bola sepak jadi asas utama untuk memiliki pegangan dalam kelab di Eropah.

Malah manfaat kepada JDT juga diambil kira jika mengambil keputusan untuk memiliki saham mana-mana kelab.

“Saya punya minat memang sudah lama tetapi sudah pasti sebelum buat sebarang pelaburan kena buat penilaian. Mana sesuai, mana tak sesuai.

“Di Valencia ada pro dan konra, di Manchester United juga ada pro dan kontra. Sudah pasti saya kena fikirkan tentangnya sebelum buat keputusan.

“Kita tengok mana tawaran dan peluang yang baik masa akan datang. Itu cita-cita saya daripada dulu,” katanya ketika dipetik menerusi siaran langsung yang disiarkan menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers.

Sebelum ini hangat memperkatakan yang Tunku Ismail menyatakan minat untuk membeli kelab Sepanyol, Valencia dan terbaru dikaitkan dengan Manchester United.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: