Bola Sepak Semasa Terkini

SSI dan Stadium Cheras lokasi percubaan POC


Oleh : Subkhi Sudarji

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS)  serta Liga Bolasepak Malaysia telah mengenal pasti dua lokasi  Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 2 April 2021 (Jumaat) dan Stadium KLFA Cheras pada 3 April 2021 (Sabtu).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perancangan rapi perlu dibuat oleh MFL dan kelab  yang terbabit dalam masa yang terdekat ini untuk persiapan ke arah tarikh dan stadium yang telah ditentukan.

“Seperti yang telah diumumkan, kehadiran penonton ke stadium di kawasan PKPB, adalah dengan jumlah 10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang, mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa.
“Bagi kawasan PKPP pula, kehadiran penonton yang dibenarkan adalah sebanyak 25 peratus daripada kapasiti penonton atau 8,000 orang, mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa juga.
“Kebenaran ini adalah berkuatkuasa 1 April 2021, dengan dua perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia (MFL) yang akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan / Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton.
“KBS dan MFL juga telah mengenal pasti 2 lokasi percubaan  iaitu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 2 April 2021 (Jumaat) dan Stadium KLFA Cheras pada 3 April 2021 (Sabtu),” jelasnya dipetik menerusi laman FB miliknya sebentar tadi.
Terdahulu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN telah bersetuju dengan permohonan dan rayuan KBS mengenai kehadiran penonton ke stadium berkuatkuasa 1 April 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian sebentar tadi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: