Bola Sepak Terkini

Saya sentiasa terbuka dengan setiap peluang: TMJ


Tunku Ismail sentiasa terbuka dengan setiap peluang yang ada

 

Oleh Mohd Fariq

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun melakukan perbincangan bersama pemilik Valencia, Peter Lim namun sehingga kini belum ada kata putus yang dibuat.

Tunku Ismail menerusi ‘ig story’ memaklumkan usaha itu terpaksa ditangguhkan sementara bagi menyelesaikan beberapa perkara.

“Selamat ulang tahun Valencia CF. Ya, ada perbincangan dengan pemilik untuk saya memiliki pegangan dalam kelab.

“Tetapi ia ditangguh seketika ekoran beberapa komplikasi dan isu yang perlu diselesaikan.

“Saya sentiasa terbuka dengan setiap peluang,” katanya ketika menjawab salah satu soalan ‘follower’ yang bertanyakan sama ada mahu meneruskan hasrat memiliki pegangan Valencia atau pun sebaliknya.

Sebelum ini, arena bola sepak negara hangat memperkatakan  yang Tunku Ismail akan melebarkan empayarnya ke negara gergasi bola sepak dunia itu.

Menguatkan lagi khabar angin itu apabila umum mengetahui yang hubungan Tunku Ismail dan pemilik Valencia, Peter Lim cukup akrab, seperti yang pernah ditonjolkaan menerusi satu kiriman di JOHOR Southern Tigers pada Januari 2016.

Menerusi satu lagi muat naik di ‘ig story’, Tunku Ismail menyifatkan Lim adalah individu lebih baik daripadanya.

“Peter Lim menyelamatkan Valencia daripada bankrap. Sudah pasti dia lebih baik daripada saya,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading