Bola Sepak

Trucha puas aksi terpuji Penang FC


Kesebelasan utama Penang FC yang beraksi malam tadi. FOTO : MFL

DERETAN peluang dimiliki Penang FC namun hanya satu gol terhasil sebelum diikat Kedah Darul Aman FC 1-1 di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Bagaimanapun, jurulatih Penang FC, Tomas Trucha tetap memuji penampilan pemain yang disifatkan menjalankan tugas dengan begitu baik.

“Kami tak menjaringkan gol walaupun cipta banyak peluang hari ini (semalam). Ia bukan satu perlawanan mudah.

“Pertahanan kami juga beraksi baik dan secara keseluruhan saya puas hati,” katanya.

Pada perlawanan itu, Endrick Dos Santos menceriakan kem Penang FC gol pada minit ke-11 sebelum Kpah Sherman menyamakan kedudukan di penghujung separuh masa kedua.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: