Bola Sepak Komentar

Siapa Raja Lembah Klang ?


Selangor, KL bertemu semula di Petaling Jaya, malam ini.

Oleh Mohd Fahmi Ismail

PERTEMBUNGAN aksi derby Lembah Klang antara Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC dijangka panas seakan cuaca hangat yang melanda negara ketika ini.

Walaupun hujan diramal dibeberapa buah negeri, saingan bola sepak negara tetap berlangsung mengikut jadual khususnya aksi di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Jika berdasarkan ukuran atas kertas, Selangor FC lebih gagah yang dibarisi pemain import berbakat dan tonggak tempatan bernama besar dalam kancah tanah air.

Kedua-dua pasukan saling mengenali antara satu sama lain kerana sudah bertemu penghujung Februari lalu pada pertandingan The Derby dianjurkan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, merebut Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan.

Seperti telah diketahui peminat, KL menang menerusi penentuan penalti 4-2.

Barangkali, malam ini taktikal dan formasi 100 peratus diterapkan Karsten Nitzel pasti berubah memandang kempen Liga Super cukup berbeza dan lebih kompetitif.

Romel Oswaldo Morales memainkan peranan bahagian tengah Kuala Lumpur City FC.

Di kem Kuala Lumpur pula, momentum kemenangan dijangka diteruskan selepas masih segar kejayaan meraih satu mata ke atas UiTM FC dalam perlawanan terdahulu.

Seandainya mencatat kemenangan, mereka akan memintas kedudukan Selangor FC dan mengutip enam mata dan ia perkembangan yang tidak digemari peminat tegar Red Giants !

Siapakah bakal mengutip mata dan tergigit jari, sama-sama kita nantikan detik debaran 90 perlawanan minit malam ini.

This is Klang Valley Derby !


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: