Bola Sepak Terkini

Setiap tahun, ceritanya berbeza


JDT giat menyiapkan pasukan sebelum aksi menentang UiTM FC, malam ini

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

WALAUPUN secara atas kertas kelebihan memihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), pengendalinya, Benjamin Mora enggan dibuai ‘mimpi indah’ ketika berkunjung ke Shah Alam menentang UiTM FC di Stadium UiTM, malam ini.

Mora lebih selesa memikirkan persiapan pasukan sendiri

Jurulatih dari Mexico itu beranggapan sikap setiap perlawanan yang dihadapi pasti berbeza berbanding apa yang pernah dilalui sebelum ini.

“Jujurnya, setiap masa saya tidak fikirkan apa yang sudah lepas. Kami ada skuad baru, berbeza dan mereka juga mungkin skuad berlainan.

“Ini adalah perlawanan baru. Saya tidak boleh katakan ianya ya atau tidak (tentangan sengit daripada UiTM FC).

Pemain JDT giat menjalani latihan sebelum aksi menentang UiTM FC, malam ini

“Sebaliknya saya perlu pastikan yang pemain saya berada dalam keadaan terbaik,” katanya.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan menang kesemua dalam enam perlawanan terakhir.

Namun sejak dua aksi terakhir, UiTM FC berjaya tampil dengan aksi kuat ketika JDT hanya mampu menang tipis 2-1.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: