
Oleh : Subkhi Sudarji
PENYERANG import Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman memastikan pasukannya tidak pulang tanpa sebarang mata apabila berjaya menjaringkan gol pada penghujung permainan untuk meraih keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, tuan rumah terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-11 hasil jaringan Endrick Dos Santos yang menggunakan kesempatan di depan gawang selepas penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari gagal menangkap kemas bola sepakan Casagrande.
Kemasukan pemain berpengalaman, Azamuddin Akil ternyata membuka ruang buat pelawat apabila hantarannya membolehkan Sherman menyamakan kedudukan buat pelawat menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Add Comment