Bola Sepak Semasa Terkini

Kongres FAM ke 57 : Siapa bakal sertai Kabinet Hamidin jayakan F:30

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamidin memerlukan Exco yang mampu mengerakkan usaha serta idea dalam usaha menjayakan F:30 dan bukannya sekadar menjadi penumpang dalam FAM.

Oleh : Subkhi Sudarji

ESOK senarai penuh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 bakal dimuktamadkan dalam Kongres FAM ke 57 yang akan diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya.

Selepas tarikh akhir pada 13 Januari 2021, jumlah calon yang diterima adalah seramai 34 orang tetapi hanya 28 orang calon yang telah diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki enam orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 27, perenggan 4, Statut FAM Edisi 2020.

Selepas tarikh akhir untuk calon-calon berkenaan mengembalikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan tersebut pada jam 5.30 petang 26 Februari 2021, 27 orang calon telah menyatakan penerimaan mereka untuk dicalonkan bagi jawatan yang dinyatakan dan satu  telah menolak pencalonannya.

Bagi Presiden dan Timbalan Presiden pula, Datuk Hamidin Mohd Amin sah menang tanpa bertanding begitu juga jawatan nombor dua bakal digalas Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S Sivasundaram yang turut menang tanpa bertanding.

Perebutan kerusi Naib Presiden pastinya mencuri tumpuan dengan lima calon bakal berentap dengan dua calon selaku penyandang dan dua muka baharu serta satu calon orang lama yang kembali menyertai perebutan empat kerusi yang diperuntukkan.

Senarai nama calon bagi perebutan lapan kerusi bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) juga tidak kurang hebatnya dengan 17 calon menyatakan persetujuan bagi merebut jawatan tersebut.

Bagi dua kerusi Exco – Wanita pula menjadi milik Dato’ Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah yang menang tanpa bertanding.

Pilihan kini terletak ditangan perwakilan yang akan menentukan siapakah gandingan yang paling tepat akan bersama-sama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi merealisasikan F:30.

Ini bukan sekadar membuat pilihan tetapi berfikirlah secara matang dalam memastikan sukan bola sepak tempatan terus mendapat pengiktirafan dan bukan sekadar dijadikan tempat meraih publisiti serta menumpang diatas kejayaan orang lain.

Akhir kata CakapSukan ucapkan , buatlah pilihan yang tepat dan kerana pilihan anda akan menentukan halatuju seterusnya FAM bagi penggal 2021-2025.

SENARAI NAMA CALON BAGI PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM UNTUK PENGGAL 2021 – 2025

 > PRESIDEN (1 kerusi)

 Datuk Hamidin Mohd Amin

 >TIMBALAN PRESIDEN (2 kerusi)

– Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

–  Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

> NAIB PRESIDEN (4 kerusi)

–  Mohd Firdaus Mohamed

– Datuk Rosmadi Ismail

– Dato’ Posa Majais

– Mohd Joehari Mohd Ayub

– Dato’ Sri Afandi Hamzah

 > AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF (8 kerusi)

– Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

– Dato’ Jefferey Low Han Chau

– Christopher Raj Aralanthu

– Dato’ Sri Shahril Mokhtar

– ACP (B) Md Dali Wahid

– Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar

– Dato’ Aminuddin Omar

– Saaran a/l Nadarajah

– Dato’ Adly Shah Ahmad Tah

– Dato’ Shaari Mat Hussain

– Abdul Aziz  Yeop Jamaludin

– ACP Zulkefly Yahya

– Syed Yazid Syed Omar

– Datuk Muhammad Yadzan Mohammad

– Mohd Firdaus Ahmad

– Mohd Yusuri Yusof

– Datuk Kamarudin Hassan

 >AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF – WANITA (2 kerusi)

– Dato’ Suraya Yaacob

– Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: