Bola Sepak Terkini

Yee Fat tak jangka Perak FC menang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUNJUNGAN Perak FC tidak pulang tangan kosong apabila meraih kemenangan tidak diduga pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Kemenangan dua gol disifatkan Chong Yee Fat hasil berkat disiplin dan komitmen tinggi sepanjang 90 minit permainan.

Malahan, Sri Pahang FC yang berwajah baru tampil membawa imej kelaiman musim ini selain faktor kelebihan beraksi di tempat sendiri.

“Saya gembira kerana tiga mata ini diraih di tempat lawan selepas mengutip satu mata pada perlawanan pertama.

“Pemain juga bijak memanfaat peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dua gol Perak masing-masing dijaringkan oleh J Partiban pada minit ke-43 dan Muhammad Farhan Roslan, ke-59.

Perak FC kini berada di tangga ketiga Liga Super dengan koleksi empat mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: