Bola Sepak

V Saravanan sanggup potong rumput di Stadium Perak demi The Bos Gaurus


Hantaran Saravanan di garis masa Facebook Perak All Star.

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

BEKAS penyerang berbisa Perak FA, V Saravanan mengucapkan tahniah kepada skuad Perak FC atas kemenangan mengatasi Sri Pahang FC 2-0, malam tadi.

Kata-kata positif itu diucapkan menerusi hantaran komen beliau di Facebook Perak All Star.

“Saya peminat Perak. Oleh itu, jika anda bertanya kepada saya jika suatu hari saya ingin melatih Perak, maka ya.

“Sekiranya anda bertanya adakah suatu hari saya ingin menjadi kitman Perak, maka ya.

“Sekiranya anda tanya adakah suatu hari saya ingin memotong rumput di Stadium Perak, ya. Tahniah Perak,” katanya.

Saravanan bermain untuk Perak FA pada musim 1998 hingga 1999 dan berhijrah ke Kuala Lumpur setahun kemudian sebelum kembali ke pangkuan pasukan pada tahun 2001 hingga 2004.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: