Pelbagai Semasa Terkini

Penilaian akhir kenalpasti potensi pingat: Hamidin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamidin terus mengadakan mesyuarat dan menyertai sesi taklimat, sehari selepas dilantik sebagai CDM

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

CHEF de Misssion (CDM) Sukan SEA Vietnam, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan kontinjen negara kini dalam proses penilaian akhir terhadap kesemua sukan yang akan menyertai temasya dwi tahunan itu.

Ketika negara sedang dihimpit masalah pandemik Covid-19, penilaian itu dianggap penting untuk menilai acara berpotensi untuk memenangi pingat pingat khususnya emas

“Ini berikutan, setiap sukan atau acara tahun ini berdepan cabaran berbeza khususnya dari aspek sesi latihan dan pendedahan dengan pertandingan kompetitif susulan pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun kita dalam fasa akhir menilai acara yang berpotensi meraih pingat terutama emas, sekali gus menetapkan sasaran pingat.

“Sekali lagi saya tekankan penting buat saya untuk berjumpa dengan setiap presiden persatuan untuk mendapat perkembangan terkini atlet dan persiapan masing-masing dalam masa terdekat,” katanya selepas sesi mesyuarat dan sesi taklimat persiapan ke Sukan SEA Vietnam di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Selepas dilantik sebagai CDM, Hamidin tidak menunggu lama dan terus mengadakan mesyuarat dan menyertai sesi taklimat bersama Ketua Pegawai Operasi MOM, Michelle Chai dan dua pengurus besar MOM,  Norhashimi Hussain dan Fong Wan Hor.

Hamidin (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi MOM, Michelle Chai

Dalam masa sama, Hamidin berkata timbalan CDM hanya akan dimuktamadkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu ini.

“Penting buat saya untuk terus mengadakan mesyuarat sehari selepas pelantikan kerana kita perlu bergerak kemas terutama dalam mengenalpasti sukan serta atlet yang akan ke Vietnam.

“Dengan situasi COVID-19 setiap sukan sememangnya berdepan cabaran hebat, tetapi kita akan menanganinya secara bersama sebaik mungkin,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: