Bola Sepak Semasa

Aidil puji kematangan pemain KDA FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain import Kedah, Rabih Ataya diasak pemain lawan.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KEMATANGAN pemain pertahanan tempatan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mula menampakkan impak positif ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Sabah FC di Stadium Darul Aman, semalam.

Ketika pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak belum lagi dapat menggunakan khidmat Renan Alves, pemain tempatan yang diturunkan jelas pantas membalas kepercayaan untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi.

Selain peranan dimainkan dua penyerang import, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman, jurulatih dari Singapura itu melabel pertahanannya juga antara watak penting kepada kemenangan semalam.

“Saya lihat Sabah bermain menentang Melaka dan saya dapati serangan balas mereka cukup laju dan bagus.

“Bukan tugas senang (menentang Sabah) kerana mereka mencuba sehabis baik. Mereka memiliki penyerang berpengalaman seperti Amri Yahyah dan Bobby Gonzales.

“Tetapi pertahanan dan dua pemain di barisan tengah melaksanakan tugas dengan cukup baik. Mohd Shahril Sa’ari (penjaga gol) juga sempurnakan tugasnya daripada segi memberikan arahan kepada pemain lain,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: