Antarabangsa Bola Sepak

Manchester City tekad menangi semua trofi!


Zinchenko percaya City tidak akan melepaskan peluang memburu semua gelaran musim ini.

OLEKSANDR Zinchenko memberitahu bahawa Manchester City tidak akan membiarkan kekalahan dalam aksi derby sekota, Manchester United menggagalkan hajat mereka meraih empat trofi.

Malah, dia berkeyakinan dengan mengatakan tujuan mereka tetap untuk “memenangi segalanya” musim ini.

Musim bersejarah boleh dimiliki City di kerana mereka masih bersaing dalam empat pertandingan.

“Kami harus memenangi pertandingan berikutnya, kami harus lebih fokus. Kami tidak boleh memandang ke belakang. Kami harus melihat ke depan,” kata Zinchenko.

City sedang memuncak di Liga Perdana Inggeris, menang 2-0 ke atas Borussia Monchengladbach pada perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara, bertemu Tottenham Hotspur di final Piala Liga dan menentang Everton di separuh akhir Piala FA.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: