Bola Sepak Semasa

KDA FC mula pamer taring

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Kpah Sherman meledak gol kedua KDA FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KEKECEWAAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas pada aksi sumbangsih akhirnya terubat apabila merekod kemenangan 2-0 ke atas Sabah FC di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus menggagalkan hasrat Sabah FC untuk cuba mencuri satu lagi mata selepas berjaya mengikat Melaka United FC 1-1 pada perlawanan pertama sebelum ini.

Tuan rumah jelas lebih menguasai permainan sepanjang babak pertama dan berjaya membuka jaringan seawal minit ke-15 menerusi Tchetche Kipre.

Ketika Sabah FC berjaya sesekali menguji pertahanan KDA FC, seorang lagi import KDA FC, Kpah Sherman terus mengukuhkan kedudukkan apabila berjaya menggegar gawang lawan buat kali kedua pada minit ke-21.

Bersambung babak kedua, permainan dipamerkan pelawat lebih baik berbanding 45 minit pertama sebaliknya gerakan diatur tidak menghadirkan cemas buat pertahanan KDA FC.

Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, tiada tambahan gol berjaya dihasilkan untuk menyaksikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: