Bola Sepak

JDT menang bergaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leandro pecah kebuntuan untuk gol pertama JDT malam ini. FOTO: Johor Southern Tigers

Oleh  Mohd Fahmi Ismail

JUARA Piala Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim (JDT) menang bergaya 2-0 ketika menentang Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Bagaimanapun, JDT terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk membuka akaun jaringan menerusi Leandro Sebastian Velázquez dan Fernando Rodríguez

Kemenangan itu membolehkan JDT terus menguasai puncak liga dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Sementara itu, Kedah Darul Aman FC bangkit mencatat kemenangan dengan menumpaskan Sabah FC 2-0 di Alor Setar.

Dua gol dari awang import, Tcetche Kipre dan Kpah Sherman membolehkan skuad Hijau Kuning memperbaiki kedudukan dari tercorot.

Manakala aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan Terengganu FC mengutip tiga mata membenam cabaran Selangor FC 3-1.

Jaringan Jordan Mintah dan Rahmat Makasuf serta Hakimi Abdullah pada setiap babak sudah cukup manakala Selangor FC sekadar mendapat gol sagu hati hasil jaringan sendiri Shahrul Nizam.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: