
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
SELEPAS dihimpit dengan masalah sebelum ini, Kelantan FC kembali dengan penampilan lebih segar untuk menghadapi saingan Liga Premier musim ini.
Transformasi yang dilakukan ketika peralihan FA ke FC kali ini juga nyata menghadirkan rasa gembira kepada peminat setia The Red Warriors untuk melihat kebangkitan semula pasukan itu.
Hanya beberapa pemain seperti Che Mohd Safwan Hazman (pertahanan), Nurshamil Abd Ghani (penyerang) dan Faridzuean Kamaruddin (penjaga gol) yang merupakan antara tonggak senior tempatan selain akan dibantu empat tonggak import.
Tiga pemain dari benua Eropah iaitu Jack Hindle (England), Christos Intzidis (Greece) dan Mario Arques (Sepanyol) bakal menjadi kunci kestabilan Kelantan FC di setiap bahagian selain Natanael Siringo Ringo (Indonesia) akan menjadi aset penting di sayap kanan pasukan.

FAKTOR MARCO RAGINI
Bagaimanapun, sebagai permulaan tiada apa yang luar biasa didambakan mungkin akan mengambil sedikit masa kerana pasukan bakal dibarisi majoritinya berusia bawah 23 tahun.
Keputusan pengurusan pasukan melantik jurulatih dari Itali, Marco Ragini juga menghadirkan keterujaan penyokong setia pasukan untuk melihat kebangkitan semula pasukan.
Dengan pengalaman luas mengendalikan beberapa kelab di Eropah bakal menjadi tunjang utama mengendalikan Kelantan FC dan membentuk ‘ubi muda’ menjadi lebih baik.
KURANG TEKANAN
Tempoh tiga tahun yang dimiliki seakan memberi ruang buat pemain untuk ‘bernafas’ dan barisan kejurulatihan membentuk skaud terbaik.
Paling utama ketika ini, Ragini harus merencana perancangan terbaik untuk meletakkan pasukan di landasan betul bagi melaksanakan sasaran ditetapkan.
PEMAIN TUMPUAN
Jack Hindle (Penyerang)
PENCAPAIAN MUSIM LALU
Keenam Liga Premier
Add Comment