Antarabangsa Permotoran

MotoGP hanyalah permainan, persahabatan dengan Rossi lebih penting


Morbidelli (kiri) akan bergandingan bersama Rossi dalam Petronas Yamaha SRT.

NORMAL dalam mana-mana pertandingan sukan akan selalu berlaku konflik dengan rakan sepasukan.

Itulah yang berlaku ke atas diri Franco Morbidelli yang akan bekerjasama dengan Valentino Rossi mengharungi MotoGP 2021.

Bagi Morbidelli, Rossi sudah jelas merupakan figura istimewa.

Penunggang berpengalaman berusia 42 tahun itu adalah mentor Morbidelli, yang pernah menimba ilmu di akademi VR46 milik Rossi.

“Kami sudah saling bersaing dalam perlumbaan, jadi kami akan terus meneruskan dengan cara yang sama, tidak ada yang berubah.

“Tapi kami mesti selalu ingat bahawa tidak ada yang lebih penting daripada persahabatan dan kasih sayang,” katanya kepada GPOne.

Pelumba Petronas Yamaha SRT bergandingan bersama The Doctor yang meninggal pasukan Yamaha untuk menggantikan Fabio Quartararo yang ‘dipromosi’ ke sana sehingga tahun depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: