Antarabangsa Badminton Terkini

Pemain Indonesia jalani suntikan vaksin


Melati Daeva

SKUAD badminton Indonesia seramai 82 orang menerima suntikan pertama vaksin Covid 19 di Istora,Senayan hari ini.

Mereka terdiri daripada atlet termasuk yang akan berlepas menyertai Terbuka Switzerland esok, jurulatih dan pasukan sokongan.

Kesemuanya dijangka melengkapkan proses vaksinisasi itu dengan menerima suntikan kedua pada 12 Mac nanti.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya pemain khususnya yang akan berangkat ke Terbuka Switzerland dan All England dapat menerima suntikan ini.

“Semoga tiada kesan sampingan terutama kepada mereka yang akan menyertai dua kejohanan itu,” kata Ketua Bidang Pembinaan Prestasi Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Rionny Mainaky seperti yang dipetik dalam laman sesawang PBSI.

Menurut Rionny, setakat ini semua yang terlibat tidak menunjukkan sebarang tindak balas negatif daripada suntikan itu dan percaya ia akan kekal begitu.

Ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi pula percaya vaksin itu akan memberi keyakinan dan ketenangan kepada pemain apabila beraksi di kedua-dua kejohanan itu nanti.

“Kita berharap dengan vaksin ini dapat menghindarkan kami daripada Covid 19.

“Ia penting kerana kita akan bertanding di luar negara dan vaksin ini dapat membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, sekali gus memberi kelegaan kepada semua,” tegas Herry.

Sementara itu, pemain beregu campuran, Melati Daeva Oktavianti berkata tiada apa yang perlu ditakutkan untuk mengambil suntikan tersebut.

“Rasanya seperti digigit semut. Ya seperti disuntik biasa sahaja,” kata Melati.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: