Antarabangsa Bola Sepak

Lewandowski atasi jaringan legenda Real Madrid

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lewandowski sumbat gol pembukaan Bayern Munich.

BINTANG Bayern Munich, Robert Lewandowski menjadi penjaring terbanyak ketiga dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan gol pembukaannya menentang Lazio, pagi tadi.

Penyerang itu membuka jaringan hanya sembilan minit perlawanan bermula ketika dia memintas hantaran dari pemain pertahanan Lazio, Mateo Musacchio.

Ini adalah gol ke-72 Liga Juara-Juara, meletakkannya mengatasi legenda Real Madrid, Raul, di tempat ketiga.

Hanya penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo, yang memiliki 134 gol dan diikuti pemain Barcelona, Lionel Messi, yang meledak 119 gol, menjaringkan lebih banyak gol daripada Lewandowski dalam pertandingan tersebut.

Pada aksi di Stadium Olimpico, Bayern Munich menang 4-1 ke atas Lazio dan dijangka mudah mara ke peringkat suku akhir kempen musim ini.

 


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: