Bola Sepak Komentar Terkini

AL KISAH YAYASAN FAS 26 TAHUN YANG LALU….


Ini adalah tapak asal padang latihan FAS di bawah Yayasan FAS dari 1995 hingga 2005 sebelum bertukar menjadi lot rumah kedai.

OLEH MOHD FARIQ

MUNGKIN ramai yang tidak ketahui bahawa sebagai peminat bolasepak no 1 Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj telah meletak landasan terbaik untuk Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berdiri di atas ‘kaki sendiri’ untuk menjana kewangan sendiri di dalam membantu bolasepak Selangor kira-kira 26 tahun yang lalu.

Penulis masih ingat ketika itu, Sultan Selangor yang ketika itu Raja Muda Selangor, yang juga pernah memegang jawatan President FAS, adalah pencetus idea lahirnya Yayasan FAS (Business Avenue) di Kelana Jaya pada penghujung 1995.

Ketika itu, Yayasan FAS, hasil usaha Sultan Selangor sekarang, melalui Kerajaan Negeri Selangor telah membina Hostel, dua Padang latihan dan juga bangunan empat tingkat Kedai di kawasan seluas hampir enam ekar.

Pasukan Selangor tahun 2005 di padang Yayasan FAS, Kelana Jaya.. .hanya tinggal kenangan.

 

Malah ketika itu juga, pejabat FAS yang sebelum itu berpengkalan di Wisma FAS di Jalan Maharajalela, berdekatan Stadium Merdeka, telah berpindah ke bangunan Yayasan FAS.

Baginda telah melihat 26 tahun lalu apa harus di lakukan untuk masa depan bolasepak Selangor dan tidak bergantung sepanjang masa dana dari Kerajaan Negeri sahaja.

Yayasan FAS di ilhamkan oleh baginda untuk membantu bolasepak Selangor keseuluruhannya dan jangka masa panjang, FAS semasa itu dan seterusnya dapat menjana pendapatan hasil sewaan kedai kedai yang di bina dan lain lain dan seterusnya dapat menjana kewangan sendiri tanpa meminta bantuan dari mana mana pihak setiap tahun.

Penulis sempat membuat liputan sejak hari pertama pembukaan Yayasan FAS.

Ketika itu juga, pada tahun sama dan sebelum itu dan tahun berikutnya, 1995, 1996 and 1997, Selangor telah berjaya memenangi Piala Malaysia.

Malah ketika itu juga, ramai amat kagum dengan cetusan idea Raja Muda Selangor (sekarang Sultan Selangor) dan ia di anggap pembaharuan di dalam bolasepak Malaysia, dari segi pengurusan.

Akan tetapi silih berganti tahun, teringat penulis selepas beberapa tahun Yayasan FAS di adakan, bermula skrip muram yang semasa itu mendukacita kan Raja Muda Selangor ketika itu.

Masih ingat kah padang ini? Ini lah Padang Yayasan FAS, Kelana Jaya, kebanggaan pasukan Selangor dari 1995 hingga 2005. Akan tetapi semua telah tiada..

Selepas memasuki tahun 2000 awalan, dengan campur tangan kuasa politik dan invidu tertentu, Yayasan FAS menjadi medan ‘kepentingan peribadi’ dan objektif penubuhan yayasan FAS dalam membantu bola sepak selangor mula tersasar sehingga pada satu masa FAS sendiri terpaksa membayar sewa pejabat FAS kepada pihak Pengurusan Yayasan FAS.

Sememangnya tidak masuk akal akan tetapi itu lah yang berlaku dan juga, dua padang bolasepak yang menjadi kebangaan pasukan boalepsk selangor telah bertukar untuk jadi rebutan pihak tertentu untuk di laksanakan projek rumah kedai pada tahun 2008.

Akhirnya dikhabarnya, kata persetujuan di capai antara FAS and Yayasan FAS, hilanglah padang dan FAS telah diberi tapak tanah di Puncak Alam, Shah Alam dan di bina satu akademi baru berserta padang latihan, akan tetapi, hasil kerja akhir akademi di Puncak Alam menimbulkan pertanyaan dari penyelesian dan FAS tidak pernah pindah ke Puncak Alam untuk pangkalan pejabatnya. (Ini satu lagi episode yang panjang yang tak dapat di huraikan di sini)

Keratan akhbar semasa itu tahun 1995, pasukan Selangor menjalani latihan di Padang Yayasan FAS.

 

Namun Raja Muda Selangor sekarang, Tengku Amir Shah, mengambil alih sebagai President FAS, pejabat FAS telah bertukar pangkalan di Padang Kelab SUK, Shah Alam sejak 2019 sekali gus menyaksikan perasmian fasiliti baharu itu adalah visi pertama baginda yang turut menyaksikan pusat pentadbiran FAS berpindah dari pejabat lama di Kelana Jaya selepas hampir 23 tahun.

Sultan Selangor pernah bertitah semasa Simposium Bolasepak Selangor yang di anjurkan FAS selepas Raja Muda Selangor mengambil alih sebagai President FAS pada tahun 2018; “Beta telah lakukan idea idea untuk pelan jangka panjang FAS lebih 25 tahun yang lalu, Beta telah melihat kepentingan pelan ini semasa Yayasan FAS di tubuhkan akan tetapi…..dukacita.”
Demikian nada baginda ketika itu cukup pengertian yang mendalam.

Yayasan FAS di Kelana Jaya akhirnya hanya menjadi kenangan indah sementara.

**MOHD FARIQ MEMPUNYAI PENGALAMAN PENULIS BOLASEPAK SELANGOR LEBIH DARI 25 TAHUN


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading