Bola Sepak Semasa Terkini

Bruno tidak sabar mulakan perjalanan baru

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bruno (kiri) turun beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Selangor FC malam tadi. (Foto : FB PDRMOfficial)

Oleh : Mohd Fitrie Muhamad

TONGGAK import PDRM FC, Bruno Suzuki menyatakan rasa tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru bersama pasukan itu dalam saingan Liga Premier.

Malah secara peribadi, pemain kacukan Brazil dan Jepun itu menyenaraikan aksi menentang bekas pasukan, Terengganu FC II dan Negeri Sembilan FC sebagai perlawanan menarik buat dirinya.

Tidak bermaksud untuk ‘menghadiahkan aib’ kepada bekas pasukan namun ianya pasti menjanjikan nilai yang tersendiri buat kariernya di Liga Malaysia.

Bruno berkata kepada CAKAPSUKAN, keterujaannya untuk kembali beraksi makin memuncak dan akan memanfaatkan pengalamannya untuk membantu pasukan.

“Semestinya pengalaman di Liga Malaysia memberi sedikit kelebihan untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan mengetahui tentang pasukan lawan.

“Terengganu FC dan Negeri Sembilan merupakan bekas pasukan saya, jadi saya tidak sabar untuk bertemu mereka,” katanya.

Musim 2021 bakal menjadi tahun kelima buat Bruno di Malaysia sejak mula menyertai Negeri Sembilan pada 2017 sebelum berhijrah ke Terengganu.

 

Bruno yakin pasukan mampu berada dikelompok tiga teratas Liga Premier musim ini.

Selain Bruno, tiga lagi import yang akam memperkuatkan skuad Sang Saka Biru adalah Lazarus Kiambi, Alexander Amponsah dan Victor Kamhukan

Dan sejak menyertai PDRM FC, Bruno merasakan aduna pemain dan kemampuan Mat Zan Mat Aris sebagai ketua Jurulatih memungkinkan peluang pasukan untuk berada di kelompok tiga terbaik Liga Premier.

“Saya mengenali Mat Zan ketika saya masih di Negeri Sembilan dan saya tahu sejarah beliau membawa Melaka United menjuarai Liga FAM dan Liga Premier. Pastinya saya tidak sabar untuk berada di bawah bimbingan beliau.

“Saya yakin pasukan mampu membarisi tiga kelompok teratas liga, seterusnya kembali ke Liga Super tahun hadapan,” katanya yang turut memasang impian meledak sekurang-kurangnya 10 gol musim ini.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: