Bola Sepak Semasa Terkini

Aura Hodak mampu pacu KLUFC raih kejuaraan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Indra Putra (kiri) percaya Hodak memiliki aura membimbing pasukan meraih kejayaan.

PEMAIN berpengalaman Kuala Lumpur United FC (KLUFC), Indra Putra Mahyuddin menyifatkan aura dimiliki Bojan Hodak selaku pengendali pasukan mampu merubah pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pernah berada dibawah bimbingan Hodak ketika menyarung jersi Kelantan, Indra Putra melihat ketegasan Hodak ketika seisi latihan mampu memberikan impak kepada pasukan.

“Banyak perubahan dapat dilihat ketika ini, terutamanya ketika seisi latihan, saya lihat Hodak begitu tegas dengan apa yang dirancangkannya dan ia akan memberikan kami semua untuk membentuk pasukan yang lebih baik dan mencabar kejuaraan,” tegasnya pada majlis pelancaran jersi dan pengumuman pasukan, semalam.

Keyakinan sama turut dinyatakan Hadin Azman yang percaya tidak mustahil pasukan mampu berada dikedudukan kelompok ketiga teratas liga pada musim ini.

“Semua benda tidak mustahil, kami boleh menjadi pencabar utama liga super tapi sasaran saya tiga terbaik. Saya harap pasukan dapat memberikan tentangan sengit dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman dan import berkualiti serta jurulatih berpengalaman,” katanya.

Kali terakhir Hodak bertindak selaku jurulatih dalam saingan Liga M pada 2015 bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), sebelum dia dilantik sebagai pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun kebangsaan pada 2017.

KLUFC telah membawa masuk beberapa pemain yang bagus antaranya, Irfan Zakaria, Hadin Azman, Romel Morales, Dominique da Sylva dan Safee Sali.

The Hawks juga sudah memiliki beberapa pemain yang telah membentuk kesefahaman yang baik antaranya penjaga gol, Zamir Selamat, Shukor Adan, Akram Mahinan, Sean Gan Giannelli, Indra Putra Mahayuddin dan Paulo Josue.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: