Antarabangsa Bola Sepak Komuniti Semasa

Yakult terus jalinkan kerjasama dengan Cerezo Osaka

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamada (kiri) bersama Morishima.

YAKULT Malaysia meneruskan kerjasama bersama kelab bola sepak yang berpengkalan di Jepun, Cerezo Osaka sebagai ASEAN Activation Partner mereka bagi tempoh satu tahun lagi.

Upacara menandatangani persefahaman yang dijalankan secara virtual tersebut dihadiri oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada dan pihak Cerezo Osaka diwakili oleh Presiden Kelab Bola Sepak Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima.

Menerusi persefahaman ini, pihak Yakult (M) turut mengesahkan Asean Dream Project (ADP) akan terus dilaksanakan dengan kerjasama kelab bola sepak Cerezo Osaka sepertimana yang pernah dilaksanakan pada tahun 2019. Bagi tahun 2021 ini, ianya akan di tukar kepada Malaysia Dream Project (MDP) yang akan melibatkan peserta dari Malaysia sahaja.

Bagi edisi kali ini seramai 15 orang pemain muda berbakat dari Malaysia yang terpilih akan mewakili Malaysia untuk dihantar ke Jepun bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dibawah kendalian jurulatih kelab bola sepak Cerezo Osaka.

“ Pihak kami bercadang untuk menjalankan program Malaysia Dream Project pada tahun ini untuk memberi peluang yang lebih kepada pemain dari Malaysia mendapatkan pengalaman bermain di luar negara. Kami berharap selepas pendemik ini selesai, program ini akan dapat dijalankan dengan baik”

Terdahulu, Cerezo Osaka dengan kerjasama Yakult Malaysia telah menganjurkan Asean Dream Project 2019 dengan memilih 5 pemain muda berbakat Malaysia untuk diberi peluang berlatih dan menimba ilmu dengan Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka di Japan.

Selain itu, pasukan Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka juga pernah menyertai Kejohanan SuperMokh 2019 malah turut menjadi destinasi pemain muda Malaysia yang kini berkelanan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin dan 3 lagi rakannya menjalani latihan percubaan pada tahun 2019.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: