Bola Sepak Semasa Terkini

The Cops pantas buat kerja


DALAM diam-diam The Cops telah melakukan kerja dengan pantas apabila membawa masuk empat pemain import bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga Premier musim ini.
Dibimbing jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris kehadiran Sang Saka Biru kali ini pastinya berbeza dan perlu diberikan perhatian pesaing lain.
Victor (kiri) Lasaruz, Bruno dan Alexander.
Jom kita kenali serba ringkas barisan pemain import berkenaan.
LAZARUS KIAMBI (PENYERANG)
-Nama yang tidak asing di Liga Malaysia, selesa dipanggil Laza, beliau sebelum ini menyertai Pahang dan Kelantan.
Pengalaman di Liga Malaysia diharapkan Laza dapat membantu The Cops kembali ke Liga Super.
ALEXANDER AMPONSAH (TENGAH)
– Pemain kelahiran Ghana berumur 24 tahun, Alexander Amponsah menyertai The Cops dari kelab Myanmar, Rakhine United.
Bermain di posisi tengah, Amponsah pernah menyertai pasukan kebangsaan Ghana B17 dan B20 Tahun.
VICTOR KAMHUKAN (PERTAHANAN)
– Pemain kebangsaan  Zimbabwe digelar ‘The Beast’ dengan memiliki berketinggian 1.93 meter bermain di posisi pertahanan.
The Beast sebelum ini beraksi bersama Ayeyawady United FC di Myanmar.
BRUNO SUZUKI (TENGAH/ PENYERANG)
– Bruno dilahirkan di Brazil tetapi dibesarkan di Jepun dan mempunyai kerakyatan negara Matahari Terbit itu.
Pengalaman luas di Liga Malaysia bersama Negeri Sembilan, Terengganu FC dan Terengganu FC II sebelum ini menjadi sandaran PDRM FC di Liga Premier musim ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: