
GOL dipenghujung perlawanan hasil jaringan Jordan Mintah memastikan Terengganu FC II (TFC 2) dan UITM FC menamatkan aksi persahabatan dengan keputusan seri 1-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium UiTM FC, sebentar tadi.
Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Uitm FC terlebih dahulu berada didepan ketika perlawanan baru memasuki 45 saat hasil jaringan Nana Poku.
Usaha berterusan TFC2 memburu gol penyamaan akhirnya terhasil apabila Jordan menyempurnakan hantaran lintang rakan sepasukan untuk menewaskan penjaga gawang Uitm FC, Dominik Picak pada minit ke 89.
Ini adalah perlawanan pertama buat kedua-dua dalam saingan tiga penjuru bagi merebut Piala Datuk Bandar Shah Alam.
Selepas ini TFC2 bakal bertemu Sri Pahang FC pada 21 Februari sebelum perlawanan terakhir diantara Sri Pahang FC menentang Uitm FC pada 23 Februari nanti.
Add Comment