Semasa Terkini

Terima kasih semua!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MAJLIS Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini telah meluluskan cadangan-cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk sektor sukan dan rekreasi bagi kawasan PKP.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kelulusan tersebut membolehkan semua aktiviti sukan dan rekreasi dilaksanakan dengan tidak bersentuhan fizikal secara latihan kemahiran kendiri sama ada secara individu atau berkumpulan serta mematuhi penjarakan yang ditetapkan.

“Ini bermakna aktiviti sukan seperti renang, boling, sukan ekstrem, memanah dan sebagainya boleh dilakukan dengan selamat berpandukan SOP yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga telah meluluskan SOP PKPB dan PKPP yang akan dapat merancakkan aktiviti sukan dan industri sukan secara keseluruhannya.

“Pun begitu, bagi memastikan soal keselamatan rakyat tetap diberi keutamaan, penganjuran kejohanan boleh dilakukan tanpa kehadiran penonton/penyokong serta mengikut model gelembung sukan dan SOP yang telah digariskan,” katanya dipetik menerusi Facebook sebentar tadi.

Jelasnya, kelonggaran yang diberikan ini perlu disulam dengan kepatuhan terhadap SOP oleh semua pihak.

“Ini tanggungjawab kita bersama. Saya dan pasukan KBS Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penggiat dan pemain industri sukan yang sentiasa bersama-sama dengan KBS.

“Terima kasih YAB Perdana Menteri, YB Menteri Kanan Pertahanan, MKN, KKM dan semua yang terlibat. Terima kasih semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, penganjuran kejohanan, pertandingan, perlawanan persahabatan mengikut model gelembung sukan adalah terhad bagi penganjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) sahaja tanpa melibatkan kehadiran penonton dan penyokong.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: