Bola Sepak Semasa Terkini

Sabah FC ikat Amri dan Thanabalan


BEKAS pemain kebangsaan dan ketua pasukan Selangor , Mohd Amri Yahya sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Berita gembira ini diumumkan pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan berkenaan.

Amri  pemain yang cukup dikenali dalam arena bola sepak tanah air dengan mencipta nama bersama skuad Selangor dari tahun 2001 hingga tahun 2013.

Sepanjang 12 tahun khidmat bersama The Red Giant, Amri Yahya ini berjaya menyumbat 71 gol daripada 374 jumlah penampilan.

Aksi konsisten beliau telah membuka mata pasukan JDT yang lantas menandatangani beliu pada tahun 2014 hingga 2016. Tahun berikutnya menyaksikan Amri Yahya bertandang ke skuad Melaka United sebelum kembali bersama Selangor pada tahun 2018 hingga 2019.

Musim lepas, penyerang yang menghasilkan gol “golden goal” Selangor ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah ini telah beraksi untuk pasukan Sarawak United.

Dengan kehadiaran Amri Yahya, diharapkan serangan dan corak permainan tersusun akan kelihatan dalam pasukan Sabah FC dalam saingan Liga Super musim ini.

Usia yang telah mencecah 40 tahun ini hanyalah angka buat beliau, Likas pula bukanlah asing buat beliau. Untuk rekod, kali terakhir Amri Yahya beraksi di Likas ialah ketika Selangor tewas 2-1 di tangan Sabah dalam kancah Piala Malaysia 2018.

Dalam perkembangan sama, Sabah FC juga memaklumkan kehadiran bekas pemain Kedah, Negeri Sembilan dan Felcra FC serta Perak II, N Thanabalan bersama pasukan.

Kehadiran Thanabalan pastinya memberikan banyak pilihan buat pengendali pasukan Kurniawan Dwi Yulianto mengatur strategi pasukan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: