Antarabangsa Bola Sepak

Manchester United selangkah ke Pusingan 16


Rashford meraikan gol bersama rakan sepasukan.

MANCHESTER United hanya selangkah kaki menuju ke Pusingan 16 selepas menang selesa 4-0 ke atas Real Sociedad di Turin, pagi tadi.

Sepasang gol Bruno Fernandes serta masing-masing jaringan daripada Marcus Rashford dan Daniel James sudah cukup memberikan kekalahan kepada pasukan yang dibarisi David Silva.

Pada perlawanan ini juga, pemain Manchester United berusia 19 tahun dari Atalanta, Amad Diallo melakukan debutnya di dalam skuad utama The Red Devils.

Kekalahan ini membuatkan peluang Sociedad untuk melangkah ke Pusingan 16 sangat tipis, kerana mereka harus menang dengan menghasilkan lima gol di Old Trafford pada pusingan kedua nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d