Antarabangsa motorsport

Alasan mengapa Morbidelli tak dapat spesifikasi pasukan utama

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Morbidelli dijangka kuasai kelompok utama MotoGP 2021.

 

WALAUPUN tampil cemerlang, Franco Morbidelli tetap tidak akan menunggang jentera spesifikasi pasukan utama di musim ini. Bos Yamaha, Lin Jarvis menjelaskan alasannya.

Pelumba Petronas SRT itu menunggang M1 dengan spesifikasi A untuk muncul naib juara di belakang Joan Mir pada MotoGP 2020.

Morbidelli memenangi tiga kali pusingan (San Marino, Teruel, Valencia), dan dua kali menaiki podium tiga besar.

Kutipan 158 mata Morbidelli di pusingan akhir membolehkan dirinya menjadi penunggang Yamaha terbaik.

Tiga penunggang M1 dengan spesifikasi utama ketinggalan di belakang. Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo, cuma mengakhiri kedudukan kelapan.

Sedangkan dua pelumba utama Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi menyudahkan musim ini di peringkat keenam dan ke-15.

Lin Jarvis menegaskan Morbidelli bukannya sengaja tidak diberikan jentera spesifikasi utama.

Keputusan tersebut berdasarkan oleh situasi kewangan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Meskipun begitu, pelumba asal Itali itu diyakini akan tetap kompetitif walaupun menggunakan spesifikasi motor lebih rendah.


Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: