Bola Sepak Terkini

JDT mula jalani latihan, Syafiq Ahmad kembali beraksi bersama pasukan


KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim mula menjalani latihan pasukan sebagai persiapan mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.

Kelibat beberapa bintang JDT antaranya, Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Syafiq Ahmad dapat dilihat menjalani latihan yang diadakan di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor.

Tidak ketinggalan juga bekas ketua pasukan, Safiq Rahim yang kembali menyertai pasukan dan bintang muda, Ramadhan Saifullah.

Turut kelihatan pada latihan tersebut ialah pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang turut serta menyaksikan latihan pasukan.

Safawi Rasid

Menerusi perkongsian laman rasmi pasukan, Johor Southern Tigers sebentar tadi, rata-rata peminat memuji keprihatinan dan komitmen TMJ yang turut hadir memberikan sokongan kepada barisan pemain.

Menerusi komen Abu Syafina dia memuji keprihatinan TMJ serta bertanyakan soalan rahsia kepada TMJ yang berbunyi “Assalamualaikum wbt..TMJ…terbaik la…tanya sikit boleh tak?boleh tak orang Kedah nak jadi Bangsa Johor….soalan kedua apa rahsia TMJ kekal macho dan encem?terbaik la TMJ!!!!

Syafiq Ahmad

Peminat juga turut memberikan kata-kata semangat buat Syafiq Ahmad yang terlibat dalam tragedi kemalangan sebelum ini dan mengharapkan dia diberikan kekuatan mental dan fizikal.

“Wahh nmpk syafiq ahmad disitu…. Semoga diberi kekuatan sepenuhny dr segi fizikal & mental..gud luck & all the best bro,” ucapan ringkas peminat berkenaan yang dimuatkan dalam ruangan komen.

Tidak lupa juga usikan nakal segelintir penyokong yang mahukan pasukan kesayangan mereka tidak terlalu menonjol ketika latihan pasukan.

“Jgn up sgt gambar training nnti fan lain meroyan nengok persiapan JDT…welcome back SR8 aka copot..kawal emosi..be professional anda antara player tempatan yg terbaik Malaysia ade..,” komen Aei Fazli.

Mohamadou Sumareh

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: